Senarai tuan rumah Sukan Paralimpik

Sejak Sukan Paralimpik bermula pada tahun 1960, sebanyak 15 edisi Sukan Paralimpik Musim Panas dianjurkan di 13 buah bandar dan 11 edisi Sukan Paralimpik Musim Sejuk dianjurkan di 10 buah bandar.[1] Setakat ini, hanya Tokyo dan Innsbruck menganjurkan Sukan Paralimpik sebanyak dua kali. Beijing akan menganjurkan Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022 dan menjadi bandar pertama yang menganjurkan Sukan Paralimpik Musim Panas dan Musim Sejuk. Beberapa edisi Sukan Paralimpik telah diadakan di dua bandar, yakni Sukan Paralimpik Musim Panas 1984, Sukan Paralimpik Musim Panas 1992, Sukan Paralimpik Musim Sejuk 1992 dan Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2026.

  1. ^ "Paralympic Games - Past Games". Paralympic.org. International Paralympic Committee (IPC). Dicapai pada 31 January 2011.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search